Welcome To My Paradise ! Annyeonghaseyo Follow! or Dashboard

Thursday, February 23, 2012

KISAH HATI SEORANG GADIS


Kepada pembaca-pembaca blog saya yang setia :D
Maaf lagi sekali kerana saya lama tidak update blog saya ini.
Buat masa sekarang saya sibuk dengan presentation ECP pada bulan 3 nanti.
tak lama lagi itu.
Harap semua dapat berjalan dengan lancar semasa presentation nanti.
Okey kawan-kawan kita teruskan dengan agenda kita, chewahh~~ haha
Lihat pada tajuk entry kali ini  yang bertajuk 'kisah hati'
Haa ! kisah hati siapa ini ?
Kalau nak tahu , sila baca entry ini sehingga habis ok.

Ini bukanlah kisah hati siapa-siapa.
Ini hanya sekadar cerita yang saya reka sendiri ,hehe
Kisahnya seorang lelaki yang menghancurkan hati seorang perempuan.

Pada mulanya mereka berkenalan dari zaman persekolahan lagi.
Yang si lelaki ini minat sangat dengan seorang gadis ini.
Si lelaki itu menyuruh kawannya menolongnya untuk berkenalan dengan si gadis itu.
Kawannya adalah sepupu kepada si gadis itu.
Si gadis itu memberi jawapannya dalam masa sebulan untuk dia terima atau tidak si lelaki itu.
Si lelaki itu sanggup menunggu selama sebulan untuk tahu jawapan si gadis itu.

Selepas sebulannya, mereka bersama dengan bahagia sekali.
Sehinggakan kedua-dua keluarga mereka kenal satu sama lain.
Setiap hari mereka bersama.
Si lelaki itu suka sangat mengambil gambar si gadis ini.
Tidak jemu-jemu si lelaki ini mengambilnya.

Selepas setahun, mereka masih bersama tapi mereka tidak sebahagia, tidak lagi selalu bersama-sama lagi seperti dulu kerana si lelaki itu telah masuk ke Universiti.
Si lelaki itu tidak lagi ada masa untuk dengan si gadisnya.
Dia sibuk dengan hal dia sahaja sehingga dia lupa dengan orang yang selalu di sampingnya, yang mendorong dia sehingga berjaya.

Semasa si lelaki itu cuti semester,
Mereka bertemu dan berjalan-jalan untuk menonton wayang bersama-sama.
Tiba-tiba si lelaki tegur si gadis ini
"awak, awak tak jaga kulit muka awak ke ?"
si gadis itu tidak selesa dengan komen yang di beri oleh si lelaki itu.
"eeh lagi 1,  awak ini tak reti berfesyen ke ? cubalah pakai baju itu dengan bersesuaian. Ini tak, macam apa jep saya tengok awak ini. Malulah saya nak jalan dengan awak"
Si gadis itu hanya mampu tersenyum sahaja pada si lelaki yang dia cintai itu.

Selepas 2 tahun, hubungan mereka tidak sebaik seperti setahun yang lalu.
Si lelaki itu telah berubah dengan sekelip mata.
TIdak lagi dia text kepada si gadisnya lagi.
Si gadis itu cuba memanggil(calling) si lelaki itu berkali-kali tapi tidak di jawabnya.
Selepas dalam beberapa minit si lelaki jawab talian si gadis itu dan dia berkata "awak nak apa ini ? saya busy lah sekarang ! jangan ganggu saya lagi !
Menitis air mata si gadis itu.

Pada keesokan harinya, si lelaki membuat panggilan si gadis itu dan si lelaki minta putuskan hubungan mereka yang mereka binakan sama-sama selama 2 tahun.
Si gadis itu bertanya pada si lelaki "kenapa awak kata begitu ? apa salah saya awak ? kenapa awak buat saya macam nie ? kenapa awak tunggu saya sehingga saya jatuh hati pada awak ? kenapa awak ?
Si lelaki menjawab "hei perempuan ! kau tak payah nak banyak tanya oke ! aku dah jumpa yang lebih cantik dari kau tau tak ! lagi cantik dari kau ! KITA PUTUS!!!
Terputus talian mereka.
Pada saat itu jugalah, itu kali terakhir mereka berkomunikasi.

Selepas 5 tahun berlalu kisah pahit bagi si gadis itu berlalu,
Dia telah menjumpai lelaki yang sangat baik, lebih jauh baik dari lelaki yang dia pernah mencintai dahulu.
Dia bahagia di samping suaminya yang tercinta, yang sangat menyayanginya.
Si lelaki itu telah sedar dengan kesilapannya dahulu kerana telah melukai  'HATI SEORANG GADIS yang dia cintai' 
Dia amat menyesal dengan perbuatannya kepada si gadis itu.
Sekarang dia telah merasa betapa sakitnya si gadisnya menanggu kepedihan di dalam hatinya.

Haa..
Begitulah kisah hati seorang gadis.
Pada lelaki, samada perempuan, jagalah hati kekasih kita dengan baik yep kerana 'masa berputar seperti roda' maksudnya apa yang kita lakukan pada orang lain sehingga mereka menitskan air mata mereka, maka kita akan dapat 2 kali ganda dari apa yang kita buat pada orang itu.
Okeylah kawan-kawan sampai di sini sahaja nukilan buat hari ini :D



p/s : jangan mencintai seseorang seperti bunga kerana bunga mati kala musim berganti,  cintailah mereka seperti sungai kerana sungai mengalir selamanya :D



^______^
fatinnadiahmohdhatawi

3 comments: