Welcome To My Paradise ! Annyeonghaseyo Follow! or Dashboard

Monday, May 19, 2014

Molukel Ajaib :)

 
Buat semua para blogger :)
 
Bismillah...
Saya kenalkan molukel ajaib ini kerana molukel ini sangat bagus :)
 
 

Apa Itu Transfer Factor Sebenarnya?

Transfer Factor: Cara Semulajadi Untuk Menjaga Kesihatan Diri dan Keluarga
Transfer factor mewakili paradigma baru dalam pemakanan dan penjagaan kesihatan. Ia merupakan bahan asli yang paling menakjubkan dan memberansangkan di antara bahan asli terkenal. Selepas 50 tahun penyelidikan dan lebih 3,000 kajian saintifik, akhirnya produk berasaskan transfer factor berjaya dihasilkan untuk kegunaan orang ramai termasuk di Malaysia. Beratus-ratus saintis dan profesional perubatan terkenal dan dihormati di peringkat antarabangsa mengesahkan keberkesanan transfer factor serta mengesahkan ianya selamat dimakan oleh semua peringkat umur.

Transfer factor bukan vitamin, mineral, herba, hormon atau ubat. Transfer factor tidak mengandungi bahan asing, toksin atau bahan yang membahayakan. Ia adalah molekul halus yang “memindahkan” keupayaan untuk membina imuniti dari penderma yang mempunyai imuniti kepada penerima yang tidak mempunyai imuniti. Beginilah cara bayi yang baru dilahirkan memperolehi imuniti mereka. Ketika baru dilahirkan, sistem imun bayi belum lagi mempunyai pengalaman. Dalam persekitaran yang baru, ia tidak akan mampu melawan organisma mikro yang datang menyerang dan dia akan menghadapi maut. Sistem imun bayi perlu dibekalkan dengan maklumat agar ia dapat  mengenali organisma mikro yang datang menyerang dan mengambil tindakan sewajarnya. Secara semulajadi, tindakan tersebut dilakukan oleh si ibu.

Pada beberapa hari pertama yang kritikal dalam hidup manusia dan mamalia lain, si ibu memindahkan molekul pengutus penting melalui makanan pertama bayi – kolostrum – yang mengandungi molekul transfer factor. Sebagai suplemen asli pertama, molekul tersebut memindahkan maklumat tindak balas badan kepada bayi yang baru dilahirkan. Ini adalah proses semulajadi yang amat menakjubkan, ia membuat sistem imun bayi menjadi kuat dan cerdik lantas mampu mempertahankan diri dari serangan berjuta-juta organisma mikro. Oleh sebab itu ibu-ibu digalakkan untuk menyusukan bayi mereka dengan susu mereka sendiri, terutamanya di awal kelahiran.

Apabila umur kita semakin meningkat, sistem imun kita menjadi semakin kurang efektif dan kita terdedah kepada berbagai risiko penyakit berbahaya. Berbagai kajian saintifik telah mengesahkan perkara ini. Antara penyebab utama adalah kekurangan nutrien, tabiat makan dan cara hidup yang buruk, pencemaran udara dan air, tekanan dll.
Keberkesanan sistem imun perlu ditingkatkan jika kita ingin kekal sihat. Transfer factor mampu bertindak sebagai modulator kepada sistem imun manusia dan lain-lain spesis seperti binatang peliharaan. Sebagai modulator, transfer factor berupaya mempertingkatkan keberkesanan sistem imun.

Keupayaan transfer factor dianggap oleh ramai pakar kesihatan sebagai penemuan yang paling menakjubkan dalam sejarah imunologi dan pecegahan penyakit. Untuk menilai manfaat besar yang transfer factor dapat berikan kepada anda dan keluarga anda, cuba tanya soalan berikut:
  • Adakah anda selalu selsema atau sakit tekak?
  • Adakah anda atau ahli keluarga anda sedang berhadapan dengan infeksi kronik?
  • Adakah sesiapa dalam keluarga anda mengidap kanser?
  • Adakah sistem imun anda dan keluarga berada di tahap optimum dan berupaya melawan penyakit?
  • Adakah anda ingin memendekkan tempoh infeksi tanpa bergantung kepada antibiotik?
  •  Adakah anda sedang mencari pemakanan tambahan yang berupaya membekalkan kepintaran dan intuisi mengikut apa yang tubuh anda perlukan?
Berikut dipaparkan pendapat beberapa pakar kesihatan mengenai transfer factor:
transfer factor malaysia“Tidak syak lagi transfer factor merupakan penemuan terpenting dalam bidang kesihatan sejak penemuan penisilin pada tahun 1928 dan vaksin polio pada tahun 1952. Ia merupakan langkah berikut dalam evolusi sains pemakanan. Kesan nutrien ini ke atas sistem imun tiada tolok bandingnya.” Dr. Rob Robertson Jr.
Bekas Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kecemasan
Hospital Western Baptist, Paducah, K.Y., USA.
transfer factor malaysia“Transfer factor merupakan satu pencapaian terbaik dalam bidang penjagaan kesihatan sejak beberapa dekad yang lalu. Kami sedang mengkaji kesemua kemampuan transfer factor. Rawatan semulajadi atau rawatan alternatif berasaskan bahan asli seperti transfer factor merupakan gelombang masa hadapan.” Dr. Victor Tutelian, MD, PhD, MPH.
Ketua Setiausaha Saintifk, Akademi Sains Perubatan Russia (RAMS); Pengarah, Institut Pemakanan RAMS, Russia.
transfer factor malaysia“Imuniti yang dipindahkan oleh transfer factor kekal lama dan boleh menolong mereka yang menderitai berbagai jenis penyakit atau mereka yang ingin kekal sihat sejahtera tanpa mengira peringkat umur.” Dr. Richerd Bennett, PhD.
Pakar Imunologi dan Pakar Mikrobiologi Penyakit Berjangkit.
Penasihat kepada FDA dan USDA.

Kunci kepada kesihatan berkekalan adalah memperkasakan sistem pertahanan badan. Sebelum kita mengambil apa-apa langkah lain, kita perlu terlebih dahulu memberi tumpuan kepada imuniti. Jadi, sebelum anda mengambil berbagai pemakanan tambahan untuk mempertingkatkan kesihatan anda, mulakan dengan produk yang dapat menyokong sistem imun anda.

Ujian Makmal Bebas Ke Atas Bahan Asli
Sebanyak 196 bahan asli atau campuran, dipilih dari 400 bahan, telah diuji keupayaan masing-masing dalam meningkatkan aktiviti sel Natural Killer (NK). Dua belas produk teratas disenaraikan di bawah.
bahan asli sel nk cell
A – Noni D – Formula Phytonutrien G – Cendawan Shiitake J – IP-6
B – Aloe Vera E – Kolostrum H – Echinacea K – Transfer Factor Klasik
C – Formula Endocrine F – Formula Cordeceps I – Polysacharide L – Transfer Factor Plus

Sumber: Jurnal Pertubuhan Nutraseutikal Amerika, Februari 1999.

Kesimpulan
Transfer factor adalah penemuan yang paling menakjubkan dalam bidang imunologi sehingga kini. Ketika tirai Abad Ke-21 sedang terbuka, molekul ini menjadi kunci kepada penjagaan kesihatan diri dan keluarga. Sekiranya anda berminat dengan teknologi terkini dalam penjagaan kesihatan, transfer factor sepatutnya berada di kedudukan teratas dalam senarai pemakanan tambahan  anda. Terpulang kepada diri masing-masing untuk mengambil langkah yang sewajarnya bagi menyokong dan memperkasakan sistem imun. Kepincangan sistem imun adalah sesuatu yang perlu diambil berat. Penggunaan bahan asli seperti transfer factor boleh memberi sumbangan besar kepada peningkatan keberkesanan sistem imun, yang kemudiannya akan memberi kesan langsung ke atas kesihatan.



#Copy&Paste from Google Search.

Jika ingin tahu lebih lanjut dan berminat dengan produk ini boleh cari saya difacebook saya yang tetera disebelah kanan anda :)

Saya hanya manusia biasa yang ingin menyampaikan manfaat dan membantu insan yang memerlukan :)
 Sampai disini nukilan saya pada hari ini...


^____________^
fatinnadiahmohdhatawi
 

No comments:

Post a Comment